22 bulan mentadbir, 62 dari 85 janji PH terlaksana di Melaka

Oleh KIM SYAZIE

20 November 2021 ini memerlukan penduduk Melaka untuk berani keluar mengundi, sekaligus memperoleh sebuah kerajaan negeri yang stabil, berintegriti, benar-benar peduli rakyat dan melaksanakan pentadbiran baik buat Melaka seluruhnya.

22 bulan Pakatan Harapan (PH) memimpin Melaka sebelum kerajaan digulingkan Umno-PN, 62 daripada 85 janji manifesto PH Melaka telah berjaya dilaksanakan.

Berikut adalah antara 11 pencapaian terbaik PH buat negeri dan penduduk Melaka:

1. Meluluskan pembinaan 100 Rumah Percuma

2. Menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk kemudahan rakyat bergerak dari Melaka Sentral, hospital ke MITC

3. Parkir percuma (Sabtu dan Ahad) yang dilaksanakan di seluruh negeri Melaka

4. Berjaya mendapatkan semula kelulusan Projek Empangan Jernih

5. Berjaya menganjurkan Tahun Melawat Melaka  dengan kehadiran 18.02 juta pengunjung

6. Membawa masuk Air Asia beroperasi di LTAM

7. Menyelesaikan projek flyover Peringgit dan MITC yang lama tertangguh

8. Tubuh Dana Harta Bumiputera dan Amanah Finance Hous sebagai dana pinjaman perumahan serta menubuhkan skim mikro kredit

9. Pemberian susu dan lampin dewasa bagi memastikan isu kebajikan masyarakat susah tidak terpinggir

10. Hari Bertemu Rakyat setiap minggu bagi mendengar maklum balas orang ramai

11. Berjaya mengeluarkan 1,070 asnaf dari belenggu kemiskinan.

Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari dalam satu kenyataan media pada semalam merayu agar rakyat Melaka turun mengundi bagi memastikan demokrasi dan hak rakyat dalam menentukan kepimpinan negeri itu dapat terus dipelihara.

Penduduk Melaka perlu bangkit dari luka akibat kejatuhan kerajaan negeri pilihan mereka pada awal 2020 lalu dengan keluar mengundi dan memberi mandat sekali lagi kepada PH dalam PRN Melaka 2021.

Ini bagi memastikan janji-janji yang memberi manfaat penuh kepada rakyat Melaka dapat ditunaikan dan bukan sekadar janji manis akibat ketamakan kuasa seperti yang sering ditabur Umno-PN.