Sebolehnya asingkan rumah anda dengan keluarga, biasalah isteri mestilah kena selalu jaga aura ditambah pula jika ipar duai ada.
Tapi ada juga beri alasan untuk duduk bersama ibu bapa untuk membalas jasa, kalau sekadar seketika mungkin bukan masalah tapi kalau selamanya pasti penat.
Seorang wanita terkejut apabila dimaklumkan suami yang mereka akan kekal tinggal di rumah mentua kerana keadaan mentua yang kurang mengizinkan.
Kisah di bawah diambil dari Facebook Kisah Rumah Tangga.
Saya dah kahwin hampir nak masuk tiga tahun dan ada anak seorang. Mula dari awal kahwin memang saya tinggal dengan mentua sampailah hari ini.
Awal kahwin saya terima sahaja kehendak suami dengan harapan dia terbuka hati nak carikan rumah lain untuk kami anak beranak.
Tapi sebaliknya dia cakap nak berbakti dengan ibu sampailah mereka tiada di atas muka bumi ini sebab mentua dah tak sihat macam dulu.
Saya cuma terkilan, mentua cuma berharap pada suami sahaja dalam segala hal sedangkan dia ada adik beradik lain.
Kadang saya rasa macam saya ni isteri nombor dua, sampai baru-baru ni saya maklum pada suami untuk cari rumah untuk kami sebab lagi selesa dan bebas nak buat apa-apa.
Sebab tak selesa duduk rumah mentua, biasalah ada mata yang memerhati dan kemudian suami cakap dia faham.
Bila maklum dekat mentua, mereka minta suami untuk tak tinggalkan mereka, saya jadi terkilan lagi, sampai bila saya nak duduk situ.
Jadi rutin pula bila suami pergi kerja, dia akan hantar saya duduk rumah mak dan bila balik dia akan ambil saya semula.
Sampaikan mak saya pun perli kenapa tak cari rumah sendiri sedangkan saya ni tersepit antara kebebasan dan permintaan mentua.
Saya pun serba salah nak minta suami carikan rumah banyak kali sebab mentua tak sihat, tapi terpaksa korban diri buat masa ini.
Baca juga: Suami selamba hina masakan isteri dan mentua, beri alasan jujur itu sikap yang baik