30 peratus rakyat Malaysia berasa hutang mereka membebankan

Oleh MALAYSIADATELINE

Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 mendapati 30 peratus rakyat Malaysia merasakan hutang mereka membebankan, yang dilihat menjadi masalah jangka masa panjang dalam kalangan pekerja bergaji di Malaysia.

Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan BNM, Nor Rafidz Nazri berkata hutang ini diperoleh semasa awal bekerja, semasa usia muda mereka yang lazimnya untuk tujuan tidak produktif.

“Tingkah laku ini sering didorong oleh kebimbangan terlepas menikmati gaya hidup. Selain itu, sesetengah hutang adalah untuk perbelanjaan luar jangka seperti kemalangan atau kematian satu-satunya individu yang menjadi penanggung keluarga.

“Risiko sebegini sebenarnya boleh diuruskan melalui perlindungan insurans seperti skim Perlindungan Tenang,” katanya semasa pelancaran kempen Cabaran Kesejahteraan Sosial #NoFOMO (#NoFOMOChallenge) baru-baru ini, di sini.

Melalui perlindungan asas yang disediakan di bawah Perlindungan Tenang, rakyat Malaysia boleh melindungi diri dan keluarga mereka dengan premium/caruman serendah RM30 setahun, untuk perlindungan di antara RM10,000 dengan RM30,000.

Nor Rafidz berkata Kaji Selidik FCI 2021 juga mendapati pengurusan risiko kewangan peribadi bukan satu perkara lazim dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan 47 peratus rakyat Malaysia menghadapi kesukaran mengumpulkan dana kecemasan sebanyak RM1,000.

Baca Artikel Penuh