Sebanyak 4,087 kes baharu Covid-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,627,903 individu sudah dijangkiti virus tersebut.
Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga ke-20 negara tertinggi kes Covid-19 di dunia.
Covid-19 yang dikesan pada akhir 2019 kini sudah merebak ke 222 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Setakat semalam, sebanyak 261,763,500 mangsa dijangkiti dan mengorbankan 5,217,305 nyawa.