“5 minit je pun pegang tangan daddy”, dipersoal tak pegang tangan anak masa berjalan, sekali Watie bahasakan netizen

Oleh KIM SYAZIE

Baru-baru ini perkongsian video Watie Hanafiah yang keluar bersama anak-anaknya menarik perhatian netizen.

Dalam video tersebut, Watie dan Shuib kelihatan berjalan sambil berpegangan tangan, manakala anak-anak mereka berjalan sebelah Shuib.

Perkongsian itu kemudian mendapat reaksi kurang senang dari netizen kerana mereka mendakwa Watie selaku ibu mengabaikan anak-anaknya.

“Yang tua tu tak payah nak pegang. Dah tak jatuh dah. Yang baby tu perlu dijaga ditolak stroller. Nak romantik tak kena gaya dan tempat,” komen netizen.

Ada yang menyatakan bahawa Shuib tidak perlu memegang tangan Watie kerana keselamatan anak-anak lagi penting.

Segelintir netizen yang lain mempertahan pasangan itu, mengatakan ia perkara perkara biasa kerana kadangkala mereka juga membiarkan anak sulung menolak adik mereka

Bagaimanapun, Watie tidak melatah dengan komentar yang ditinggalkan dan menjelaskan situasi yang sebenar.

“Kalau keluar tu 5 jam, tapi sebenarnya 5 minit aja pun yang Daddy dapat pegang tangan Mommy.

“Yang 4 jam 44 minit lagi tu semuanya di ‘kongkaaa’ anak-anak. Jadi auntie dan uncle sekalian tak mau risau okey,” komen Watie.

Baca juga: Penyewa meninggal terkurung dalam rumah, dikunci pemilik kerana tak bayar sewa