99 Speed Mart cipta sejarah baru buka cawangan pertama di China

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kedai Sarbaneka paling berpangaruh di Malaysia, 99 Speed Mart kini membuka cawangan pertamanya di China.

Serentak dengan hari merdeka, kedai yang berpangkalan di Fuzho, Wilayah Fujian itu dibuka pada 31 Ogos yang lalu.

Memetik dari Bernama, syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini telah mengesahkan laporan media yang diterbitkan di akhbar-akhbar tempatan mengenai pengembangannya ke luar negara.

Cawangan prototaip juga akan ditubuhkan di Fuzhou, dengan rancangan untuk pengembangan secara beransur-ansur di bandar itu.

“Penubuhan cawangan tersebut tidak dijangka mempunyai kesan material terhadap pendapatan atau aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2025,” kata syarikat itu.