Menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 8 November, parti-parti yang bakal mengambil bahagian seperti sudah membekah masalah. Tiga komponen BN, PH dan PN seperti “kepanauan” untuk menyelesaikan masalah.
Semua komponen ditumbuhi masalah? BN, bermasalah apakah akan bertanding secara solo atau pun berpakat dengan PN. PN juga seperti bermasalah kalau-kalau Umno tetap berdegil akan bertanding secara solo.
Dalam kapitan masalah BN dengan PN, ialah Pas, kerana mereka perlu memilih salah satu antara kedua-duanya. Untuk kongsikan bilik tidur, haram bagi Pas jika parti itu mengambil kira hukum Islam yang jadi prinsip perjuangannya.
Perempuan mana boleh menduakan suami, walaupun dalam dunia ini ada isteri bukan setakat menduakan suami tetapi melima dan meempatbelaskan suami pun ada.
PH juga telah tumbuh masalah. Ia berpunca dari empat orang Adun khianat yang mahu menunjuk baik dan berbudi kepada rakyat menerusi PH.
Ada komponen dalam PH, tidak bersetuju, dan ada pula yang setuju dan ada pula yang masih kebingungan, belum menitah sebarang kata, setuju atau tidak.
Kepada semua, masalah di depan bakal menyumbangkan masalah besar kepada mereka. Makanya selesaikan soal titik bengik itu untuk berhadapan PRN dengan selesa dan gentlemen.