Akhbar Korea Selatan telah menyatakan berlaku bantahan secara besar-besaran oleh persatuan pekerja di ibu negara Korea Selatan, Seoul.
Ribuan anggota Gabungan Kesatuan Pekerja Korea sambil memakai penutup merah jambu ala-ala drama bersiri terkenal Korea Selatan ‘Squid Game’ yang kini menjadi ikon para pekerja, mengadakan demontrasi di seluruh negara pada Rabu lepas.
Protes itu menuntut keadaan pekerjaan yang lebih baik dan kenaikan gaji minimum.
Polis menganggarkan sekitar 27,000 orang menentang sekatan Covid di Seoul sahaja, dengan demonstrasi terhadap kerajaan di 13 bandar besar di seluruh negara.