Pakatan Harapan sepakat dan sebulat suara memutuskan akan menggunakan logo Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November depan.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan yang diambil itu sebagai permulaan untuk menguji kekuatan PH di Melaka.
“PH telah bermesyuarat, Majlis Presiden dan pimpinan berbincang tentang logo parti. Kami hormat pandangan dari semu pimpinan. Ini keputusan kita untuk Melaka.
“Sebagai ujian permulaan, kita sebulat suara guna logo PH. Seluruh kekuatan PH akan hanya menonjolkan logo PH.
“Kita berjuang atas satu logo, satu pendirian dan satu manifesto di peringkat negeri,” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau juga berkata, pandangan daripada parti terbaru dalam gabungan itu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut diambil kira.
Turut hadir, AMANAH Mohamad Sabu dan DAP Lim Guan Eng.