3,198 kes baharu Covid-19

Oleh ARIF ATAN

Sebanyak 3,198 kes baharu Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu meningkat sedikit berbanding 3,175 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terkini itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,795,233.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam.