Sebanyak 22,802 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara hari ini menjadikan kes kumulatif jangkitan wabak berkenaan berjumlah 3,019,163.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 170 hari, iaitu sejak 26 Ogos lalu.
KKM mengeluarkan pecahan kes baru Covid-19 mengikut negeri sehari lebih lewat melalui portal CovidNow.
Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri untuk semalam (Feb 11) di mana 20,939 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:
Selangor (4,291)
Sabah (3,361)
Johor (2,860)
Kedah (1,623)
Kelantan (1,589)
Pulau Pinang (1,490)
Negeri Sembilan (1,235)
Kuala Lumpur (1,095)
Pahang (1,008)
Melaka (988)
Perak (443)
Terengganu (293)
Sarawak (214)
Putrajaya (190)
Labuan (132)
Perlis (127)