Doktor ini kongsi penjelasan ‘atok’ Jepun tentang Bon Odori

Oleh ARIF ATAN

Seorang doktor berkongsikan penjelasan seorang warga emas bangsa Jepun mengenai sambutan Bon Odori yang sekarang mengundang kontroversi.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak menyertai program itu yang dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai depan.

Namun, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kemudiannya mencadangkan Idris yang juga pemimpin Pas itu untuk hadir ke pesta tersebut.

Ikuti perkongsian DR YAZEED HAIR JOHARI mengenai benarkah Bon Odori itu hanya budaya sahaja bukannya mempunyai unsur keagamaan:

Ini atok angkat saya , Yone-San. Saya duduk dengan dia ulang alik Jepun-Malaysia sejak umur lima tahun di Kyoto sampailah saya bergraduan balik jadi doktor.

Umur dia dah 90 lebih tapi orang Johor panggil ketetel. Jalan menonong laju. Entah apa yang dia rushing sangat pun saya tak faham.

Rumah dia atas bukit Uji-Shi yang dibina dengan 100% kayu padu itu pun saya dah buat macam rumah saya. Bila-bila masa saja saya boleh datang.

Sampai sekarang kami masih contact. Jadi, saya pun terus contact, dan tanya dia: Bon Odori itu apa? Festival makan-makan saja ke kalau zaman sekarang ni?

Dia cakap Bon Odori itu adalah hari raya memuja roh dengan tarian.

Sampai sekarang pun Bon Odori itu adalah tetap perayaan pujaan bukan festival budaya biasa.

Mana mungkin upacara yang sudah 600 tahun tiba-tiba jadi festival makanan, tarian dan kostum sahaja.

Jadi, dah boleh tutup kes. Jangan ragu-ragu lagi sebab tak kiralah hangpa nak pusing belit fakta ikut macam mana sekalipun.

Yang acah-acah pelajar di Jepun baru duduk sana tiga, empat tahun, jangan nak pusing-pusingkan fakta kalau tak tahu.

Bon Odori diisi dengan tarian untuk menghiburkan roh nenek moyang Jepun dan dianggap acara keramat.

Bon Odori tetap perayaan sembah dan memuja roh nenek moyang mereka. Itu adalah upacara sejarah yang berkurun lamanya.

Ada kau tengok majlis Maulidul Rasul tiba-tiba jadi majlis kebudayaan? Tidak, ‘kan? Tak payah nak banding dengan tarian kuda kepang.

Sebabnya, tarian kuda kepang hanyalah sejarah tarian untuk majlis keramaian atau pun majlis perkahwinan. Majlis memuja dan majlis kahwin itu dua perkara yang berbeza.

Saya bukanlah ustaz pun. Dalam Islam, kita wajib berbuat baik dengan agama lain! Tapi saya rasa sebagai seorang Islam macam mana pun kena faham dekat mana batasan.

Nak pi festival pilihlah pada akarnya. Kalau dah terang-terang tulis setakat festival budaya dan makanan, apa salahnya.

“Japanese Culture and Food Festival”. Bukankah mudah. Kita pun tidak was-was nak pergi tengok tetapi ini festival memuja pada asalnya.

Kalau nak pi juga lantak dekat hangpalah. Saya cuma sampaikan bukan nak sekat mana-mana pihak.

Kita respect mereka dengan tidak menghalang apa-apa event. Biarlah non Muslim pergi. Hukum itu kita serahkan pada mufti.

Namun, untuk kita, saya rasa tidak sesuai. Apa-apa pun iman itu adalah mutiara.

Baca juga Bon Odori: Menilai konsep federalisme dan strukur pentadbiran agama Islam

Baca juga Warga emas maut dipukul hanya kerana pokok