Patutlah Maybank letak 2 kamera di mesin ATM, ini sebabnya

Oleh ROSLAN ZAMAN

Sebelum ini ada yang tertanya-tanya di media sosial alasan Maybank memasang 2 kamera di mesin ATM milik bank terbesar Malaysia itu. Hari ini Maybank tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Dalam satu kenyataan rasmi, Maybank memaklumkan bahawa mereka kini sedang melaksanakan proses penaiktarafan sistem pemantauan keselamatan di mesin-mesin ATM yang terlibat.

“Sepanjang tempoh ini, sesetengah mesin mungkin dipasang dua kamera secara sementara bagi memastikan pemantauan berterusan. Salah satu kamera tersebut akan dialihkan selepas proses naik taraf selesai,” kata Maybank dalam satu kenyataan.

Pihak bank juga memberi jaminan bahawa semua kamera yang dipasang hanya digunakan untuk tujuan keselamatan dan pemantauan sahaja.

“Kamera tersebut dipasang untuk memantau aktiviti umum dan tidak bertujuan untuk merakam atau menyimpan sebarang maklumat peribadi mahupun data transaksi pelanggan,” tambah bank itu lagi.

baca: Terkejut pembayaran akhir rumah dipotong dua kali, pengguna minta Maybank naik taraf sistem