Murid Tahun 1 ada lesen besar, guru ini cerita kelasnya kena ‘hijack’

Oleh ARIF ATAN

Agak mencabar sebenarnya untuk para guru mengajar murid Tahun 1 sekarang ditambah dengan silibus pembelajaran yang semakin sukar.

Ketika kemahiran kognitif aras tinggi diasak kepada mereka seawal usia tujuh tahun, mereka yang masih sedang cuba menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) juga dilihat mempunyai ‘lesen besar’.

CIKGU MOHD FADLI SALLEH ada ceritanya:

Okey, kita sambung belajar Lebih dan Kurang ya’.

“Baik, cikguuu!”

“Lebih tu banyak ke sedikit?”

“Banyak cikguuu!”

“Bagus! Katakan cikgu ada RM5, Ali pula ada RM3, siapa lebih?”

Cikguuu!”

“Bagus. Cikgu ada RM5, katakan Haraz pula ada RM8, siapa lagi lebih?”

Harazzz Cikguuu!”

“Cikgu! Cikgu! Kita mana ada RM8. Kita ada singgit je. Cikgu la lebih,” kata Haraz.

Hah, sudah. Depa tak paham ‘katakan’ pulak dah.

“Iya. Cikgu tahu awak tak ada RM8. Itu contoh saja,” balasku.

Dia tak puas hati. Dia seluk poket keluarkan duit singgit dan cakap,

“Ni je duit kita, cikgu. Tinggal singgit je“.

Kawan-kawan tengok dia keluarkan duit singgit, sekelas pakat keluarkan duit.

Cikguuu! Kita ada RM2″

Cikguuu. Kita tinggal 50 sen”.

Cikguu. Kat rumah kita ada duit banyakkk“.

Okey, okey! Belajar tu jap lagi kita sambung. Sekarang, cikgu nak tahu tentang duit awak”.

Maka pakat berceritalah budak-budak ni pasal duit raya lah, pasal tabung lah, duit hilang lah, jumpa duit lah, pak cik bagi duit banyak lah, mak ambik duit ayah lah.

Kahkahkah. Gitu ja kelas aku kena hijack dengan budak-budak Tahun 1. Korang tahu apa, depa ni lesen besar, okey.

Baca juga Darjah 2 dah diasak cari ayat tersirat, pakar psikiatri ini mahu penggubal silibus jawab

Baca juga Guru mengaji hadapi 17 pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap dua beradik 7 tahun lalu mengaku tidak bersalah