Bubar Parlimen: Istana Negara nafi PM dijadual menghadap Agong hari ini

Oleh KIM SYAZIE

Istana Negara hari ini menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memohon pembubaran Parlimen.

Tuanku Yang di-Pertuan Agong dilaporkan sedang berada Singapura ketika ini, maklum Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin

“(Ia) berita palsu. Tuanku masih di Singapura,” katanya melalui WhatsApp kepada portal berita FMT.

Pada Ahad, Zaharin yang baru dipecat keahliannya daripada Umno pada Jumaat lalu mendakwa Ismail Sabri akan akan hadir ke Istana Negara pada Isnin untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pembubaran Parlimen.

Sementara itu, jurucakap di Pejabat Perdana Menteri yang dihubungi pagi tadi turut menafikan Ismail Sabri akan ke Istana Negara.

“Tiada dalam jadual. Hanya mesyuarat saja hari ini,” katanya ringkas.

Baca juga: Deepavali kali ini lebih ceria buat pasangan warga emas-Kedai ‘barber’ usang bertukar ala hipster

Baca juga: Melintas masa lampu dah hijau, tak tengok kiri kanan – Apa berlaku selepas dia jauh melambung?