PM umum senarai Kabinet jam 8.15 malam ini

Oleh KIM SYAZIE

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat perubahan waktu dalam mengumumkan Kabinet baharu.

Beliau memberitahu akan mengumumkan senarai Kabinet pada jam 8.15 malam ini.

“InsyaAllah jam 8.15 malam ini saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Pada 5 petang tadi, kenderaan membawa Anwar tiba di pekarangan Bangunan Perdana Putra di mana beliau dijangka buat pengumuman Barisan Jemaah Menteri lewat petang ini, namun ditunda pada jam 8 malam nanti.

Anwar selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada jam 9.15 pagi tadi dan dilihat keluar kira-kira selepas satu jam memasuki Istana Negara.

Anwar seterusnya menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada jam 10 pagi.