Ameera Khan tiba-tiba je jadi kegilaan majoriti pemuda Indonesia, ini rupanya punca sebenar

Oleh KIM SYAZIE

Adik kepada usahawan selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan kembali menjadi perbincangan hangat di media sosial.

Sering dihimpit kontroversi, kini gambar gadis jelita itu tular di kalangan pengguna media sosial negara seberang.

Difahamkan, gambar Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan itu digunakan untuk satu trend baharu di TikTok Indonesia.

Menerusi beberapa video yang ditularkan, ramai jejaka asal Indonesia tertarik dengan wajah kacukan Ameera.

Tak hanya membuat kompilasi gambar Ameera, mereka turut berdoa agar dijodohkan dengan gadis yang berusia 22 tahun itu.

“Kalau ternyata jodohku Ameera Khan yaudah, aku terima ya Allah. Gak tahu kenapa sekarang sepasrah ini,” tulis kapsyen video yang beredar.

https://www.tiktok.com/@gggffhccfbbv/video/7211582878759669019?_t=8b0wJcCEGIM&_r=1

Trend tersebut turut diikuti pengguna TikTok di Malaysia dan tidak ketinggalan oleh rakannya sendiri, Rosix Omar.

Rosix dalam keadaan berseloroh turut berdoa bersunguh-sungguh agar Ameera menjadi miliknya.

Apapun pengakhirannya, kita mendoakan agar Ameera Khan dikirimkan jodoh yang baik-baik ya!

Baca juga: Kecoh budak lari dari asrama, sanggup jalan kaki sejauh 10km!