Jika diimbau kembali pastinya kita semua pernah merasa pengalaman beraya ramai-ramai di kampung bersama sanak saudara.
Boleh bayangkan tiga hingga lima buah keluarga duduk di bawah satu bumbung, pastinya siap bersusun tempat tidurnya.
Seorang pengguna Twitter, Amighul Rahman memuat naik video menunjukkan kenangan di kampung semasa menyambut raya.
“Rindunya bila saudara mara ada dekat kampung. Momen ni paling rindu bila semua tidur dekat ruang tamu,” ujarnya.
Netizen malah berkongsi cerita lucu tidur beramai-ramai ini namun ada juga yang lebih selesa jika diasingkan tempat tidur.
“Tiga tahun lepas kot rasa aku pernah terpijak kepala pakcik aku malam raya. Pagi tu minta maaf pastu dua-dua tergelak. Rasa bersalah gila,” komen @sharolshafik1.
“Cepat masa berlalu, satu saat kau masih terbaring dengan sepupu masa cuti kemudia sedar-sedar kau dah kembali ke realiti untuk terus bekerja,” ujar pengguna Twitter.
“Jangan kutuk saya. Tapi kalau dah besar-besar ni. Kalau nak tidur ramai-ramai sekalipun asingkan lelaki perempun walaupun saudara,” tambah pengguna lain.
Tapi itulah zaman kecil dulu segalanya seronok, main di sawah bendang. Malam buka puasa ramai-ramai hingga berebut tapi semuanya bahagia.
Baca juga: Ameera Khan tiba-tiba je jadi kegilaan majoriti pemuda Indonesia, ini rupanya punca sebenar