Seorang lelaki dari China sanggup menahan penat lelah mengendong bekas isteri bagi memenuhi syarat untuk berkahwin semula dengannya.
Tular di media sosial China, video lelaki berbaju hitam sambil bertongkat membawa isterinya yang berpakain gaun pengantin berwarna putih di sebatang jalan.
Menurut Wolipop, pasangan itu merupakan bekas suami isteri dan mereka sebelum ini memilih untuk bercerai akibat konflik yang timbul.
Namun selepas tiga tahun, si lelaki mula menyedari kesalahannya kerana wanita tersebut sering melayan dirinya dengan baik.
Ketika lelaki tersebut meminta untuk kembali bersama, wanita itu meletakkan syarat sebelum dia bersetuju.
Salah satu syarat tersebut adalah pada hari perkahwinan mereka, lelaki itu perlu membawa wanita tersebut pulang rumah ibu bapanya yang terletak sejauh 100 kilometer (km).
Akibat keletihan, lelaki tersebut terpaksa mengikat bekas isterinya agar tidak terjatuh dan tujuan syarat tersebut agar suaminya mengingati dan menghargai perkahwinan mereka.
Lelaki itu bernasib baik kerana apabila dia baru berjalan kira-kira 10 km, wanita itu meminta dia berhenti dan memaafkannya.
Selepas itu, pasangan tersebut pulang ke rumah wanita itu dan melangsungkan perkahwinan.
Baca juga: Berjaya kutip RM500 sehari di bazar Ramadhan, pengemis pilih tidur di hotel