Tak sampai 24 jam nasi dah basi? Rupanya periuk tak bersih, kena cuci pakai asam jawa!

Oleh WAN SITI AMINAH

Suri rumah pastinya merasa sangat kecewa apabila melihat nasi yang telah ditanak, basi dalam masa kurang dari 24 jam.

Menyebabkan pembaziran, wanita ini berpendapat bahawa situasi tersebut berpunca dari periuk yang tidak dicuci dengan betul. 

Hanya menggunakan garam kasar dan asam jawa, wanita yang bernama Ida Shahida itu berkongsi tip mencuci periuk agar nasi tidak cepat basi.

1. Basuh periuk nasi dan tudung penutup bersih-bersih menggunakan sabun. Pastikan tiada baki nasi melekat tertinggal.

2. Masukkan garam kasar sebanyak tiga genggam penuh kemudian campurkan asam gelugur atau asam keping sebanyak 10 keping.

3. Tambah sedikit air supaya garam dan asam dapat bersatu (bercampur) dan bersihkan periuk dengan tangan selama tiga hingga empat minit.

4. Kemudian, biarkan rendaman tersebut selama 15 minit dan ulang langkah awal sehingga tiga ke empat kali. 

Jangan lupa untuk lakukan juga pada tudung penutup. Kemudian basuh periuk bersama penutup dengan sabun dan bilas bersih.

5. Akhir sekali, didihkan air dalam periuk tersebut selama 15 minit. Kemudian, tuangkan air didihan dan keringkan periuk.

“Sekiranya kejadian nasi basi berlaku lagi, ulang semula langkah di atas supaya periuk kembali bersih. Semoga bermanfaat!.” Katanya.

Baca juga: Terkedu netizen google stroller anak MUA Bellaz, harga cecah RM23,000