Irma Hasmie pilih tutup mulut isu gambar di IG, tak mahu komen mengenai hal rumah tangga

Oleh MAISARAH AISYA

Sebelum ini tular mengenai gambar yang dimuat naik pelakon, Irma Hasmie seolah-olah memberi gambaran mengenai situasi rumah tangganya.

Gambar yang dimuat di Instagram sebelum ini terselit kata-kata untuk para suami untuk tidak mengajar isterinya supaya bersabar.

“Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah,” tulisnya.

Menurut Harian Metro, Irma bagaimanpun enggan mengulas lanjut soal khabar angin mengenai kemelut rumah tangganya dengan suami Redza Syah Azmeer.

Tambahnya apa yang berlaku antara dia dan suami terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

“Saya mohon maaf. Kalau mengenai hal rumah tangga saya tidak dapat memberikan sebarang komen.

“Saya lebih selesa sesetengah hal tidak diceritakan secara umum.

“Penting untuk menjaga dan menghormati privasi daripada berkata-kata sebarang perkara yang boleh menimbulkan kesan negatif,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Menurut Irma, dia memohon orang ramai untuk saling mendoakan dan percaya setiap yang berlaku adalah susunan daripada-Nya.

“Kena yakin setiap perkara yang berlaku adalah atas susunan Allah yang Muqtadir.

“Saya mohon doa daripada setiap yang membaca moga Tuhan menjaga kita dan keluarga dengan sebaik-baik penjagaan-NYA dan terus memberi petunjuk, hidayah untuk setiap perjalanan hari kita,” katanya.

Tidak semua perlu dimuat naik di media sosial, ada kalanya ramai memilih untuk hanya menunjukkan satu sisi sahaja kepada orang ramai.

Baca juga: “Jangan ajari seorang isteri sabar”, Irma Hasmie beri bayangan rumah tangga bermasalah?