Pak ustaz cerai isteri lepas terpikat dengan bini orang, alasannya orang rumah garang & tak manja

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka, pertukaran pesanan mesej melalui aplikasi Whatsapp antara seorang ustaz dengan ibu kepada muridnya boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Mulanya hanya berkomunikasi untuk berbincang dan bertukar nasihat, perbualan berkenaan malah telah menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka berdua.

Sanggup menjalinkan hubungan terlarang, lelaki bergelar ustaz itu mengaku jatuh hati dengan personaliti manja ibu kepada anak muridnya yang juga isteri orang.

Perhubungan sulit tersebut akhirnya terbongkar apabila suami kepada wanita berkenaan secara tidak sengaja membaca perbualan mesra antara mereka berdua di aplikasi Whatsapp.

Suami wanita itu kemudian membuat keputusan mempelawa ustaz tersebut untuk bertemu ‘tiga kepala’ bersama isterinya dengan niat memperbetulkan keadaan.

Ketika ditanya mengapakah isterinya dipilih, ustaz tersebut menjawab, “sebab dia sangat lembut, selalu ceria dan positif. Isteri saya di rumah tidak macam ini”.

Alangkah hancurnya hati suami apabila mengetahui bahawa kemanjaan isterinya itu ‘ditumpahkan’ kepada lelaki lain hanya kerana dia sibuk mencari nafkah.

Tular di media sosial, kisah menyayat hati itu diceritakan semula oleh wanita bernama Sharifah Zahidah menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Difahamkan, ustaz dan ibu muridnya itu kemudian bernekad untuk bercerai dengan pasangan masing-masih kerana terlalu ‘kemaruk’ dilamun cinta.

Tidak terhenti di situ, bekas suami wanita itu kemudian ditakdirkan untuk bersua muka dengan bekas isteri kepada ustaz yang dikatakan sangat garang di rumah itu.

Akhirnya kebenaran mula terungkap, sikap garang isterinya itu berpunca daripada kegagalan ustaz dalam memberi nafkah yang mencukupi kepada wanita tersebut.

Terlalu tertekan dan penat, kelembutan bekas isteri ustaz itu ‘hilang’ selepas terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan hanya untuk menampung kehidupan keluarga.

“Bermula dari kisah sebuah kemanjaan yang salah ditumpahkan, terkorban dua rumah tangga dengan anak-anak yang berderet ramai.

“Manusia akan saling menghancurkan apabila sering menuntut dilayan, sedangkan dia sendiri LUPA BERPERANAN. Dia sendiri gagal MENGHARGAI pengorbanan.” Kata Sharifah.

Baca juga: Jalin hubungan intim dengan pelajar, guru yang popular di TikTok ditahan polis