25 tahun terpisah, lelaki automatik jadi jutawan selepas jumpa keluarga kandung

Oleh ROSLAN ZAMAN

Sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang dihantar ke hospital akhirnya berjaya menyatukan sebuah keluarga yang terpisah selama 25 tahun.

Akhirnya kembali ke pangkuan keluarga kandung, lelaki yang berusia 27 tahun itu terpisah kerana diculik dan menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Menceritakan pengalamannya untuk meningkatkan kesedaran, pemuda yang ketika itu baru berusia dua tahun telah dijual oleh sindiket penculikan.

Pemuda itu kemudian dikembalikan kepada sindiket kerana mempunyai fizikal kurus berikutan sistem pencernaan badannya yang lemah.

Anak kecil yang dikenali sebagai Mei Zhiqiang itu kemudian dijual semula dan dijadikan anak angkat oleh keluarga jutawan bilionair.

Walaupun dijaga dengan baik, Mei mula menyedari bahawa dirinya anak angkat setelah menerima layanan yang berbeza berbanding adik-beradiknya.

Menyedari kedudukannya sebagai anak angkat, pemuda itu tidak melanjutkan pelajaran selepas tamat sekolah dan bekerja di hospital milik keluarga angkatnya.

Pada ketika itulah hasrat untuk bertemu semula untuk keluarga angkatnya mula timbul sebelum bertindak mendaftarkan sampel DNA miliknya.

Memetik laporan Mothership.sg, Mei akhirnya berjaya disatukan semula dengan keluarga kandungnya selepas terpisah selama 25 tahun berkat teknologi DNA.

Mei baru mengetahui bahawa keluarga kandungnya rupa-rupanya seorang jutawan di hari perjumpaan mereka yang pertama pada Jun tahun lalu.

Ibu bapa kandungnya yang tidak kalah kaya daripada keluarga angkatnya itu tidak pernah berhenti mencarinya selepas diculik pada tahun 1997.

Bayangkan, keluarga kandung Mei tetap menyediakan kek demi untuk menyambut hari lahirnya setiap tahun walaupun tanpa kehadiran dirinya.

Difahamkan, kakak Mei yang berusia 33 tahun juga tidak berhenti menyalahkan dirinya kerana dia tidak menjaga Mei dengan baik sehingga diculik.

Meskipun sudah kembali ke rumah ibu bapa kandung, Mei tetap berjanji akan melakukan yang terbaik untuk menjaga kedua-dua keluarganya itu.

Mei kini sedang belajar untuk menguruskan perniagaan ayah kandungnya yang berhasrat mahu mewariskannya suatu hari nanti.

Warganet berpendapat bahawa Mei memang ditakdirkan untuk menjadi kaya kerana dijaga oleh keluarga angkat jutawan dan mempunyai ibu bapa kandung yang juga orang berada.

Baca: Setiap kali raya jadi benda sama, lelaki terkejut tengok butik baju bersepah dek diserbu pelanggan