“Kakak aku pemalas, umur dah 50 pun tetap harapkan mak buat semua kerja, tahun ni aku nekad tak balik raya”

Oleh MAISARAH AISYA

Seharusnya masa perayaan inilah kita nak berkumpul adik-beradik memasak untuk menyambut bulan Syawal.

Tapi kalau dari muda dah pemalas dan tak bantu mak memang sukar dan buang tabiat bila umur semakin menua.

Seorang wanita sudah lelah dengan sikap adik-beradik yang sering lepas tangan bila melibatkan hal memasak untuk Raya, bukan sikit ya masak untuk tetamu.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

Aku Minah (bukan nama sebenar). Umur 40 an. Aku ni tiga beradik. Semua perempuan. Aku anak yang tengah. 

Kakak aku, duduk dengan mak aku. Abah aku dah lama meninggal. Kakak aku ni pemalas nak mati.

Sampai makan minum anak-anak dia, kain baju semua mak aku yang uruskan daripada mereka lahir sampai dah umur belasan tahun.

Dia hanya masak apa dia nak makan, basuh baju dia je. Segala barang dapur. Bukan dia seorang je beli, mak aku pun ada beli tapi dia kena beli lebih sebab anak kuat makan.

Pemalas tahap, ikan pun tak pernah dia siang. Potong ayam? Macam tak pernah aku tengok padahal umur dah nak masuk 50.

Kakak aku ni isteri nombor dua kepada sorang jantan yang sangat tak guna dan tak bertanggungjawab. Dia lebihkan bini nombor satu.

Tapi kakak aku akan bergaduh dengan adik beradik kalau ada yang mengata buruk pasal laki dia walaupun hidup dia macam janda je aku tengok. 

Pasal adik aku pula, dia duduk di selatan.. Kerja di sana suami isteri. Ini pun spesis malas kat dapur. Bab mengemas jelah paling rajin.

Tapi takkan boleh kenyang dengan mengemas sepanjang hari. Cuma suami dia je rajin juga tolong hal dapur.

Mereka biasanya akan balik rumah mak aku malam raya. Kiranya bila dah sampai tu, rendang ketupat semua dah siap.

Tinggal nak ambil makan je. Alasan sebab jauh. Tak sempat sampai awal. Alasan yang sama sejak belasan tahun lalu. 

Natijahnya, sejak zaman budak lagi akulah yang jadi bibik di dapur dengan mak aku. Darjah dua pun aku dah pandai masak tomyam.

Dulu mak aku muda lagi, tak apalah dia masih kuat. Itupun aku yang banyak memasak. Aku kesian mak aku.

Jadinya bila nak masak, mak aku lah tukang potong itu ini..Dia pula yang tolong aku. 

Aku berkahwin dah lama tapi tak dikurniakan zuriat. Mentua meninggal sebelum aku kenal suami. So, tak ada drama bergilir balik raya atau kena sindir dengan keluarga mentua.

Tiap tahun aku menang tanpa bertanding balik kampung aku je. Adik aku pula gilir-gilir balik raya kampung suami dia di Kelantan.

Macam kakak aku, memang rumah mak aku lah tempat dia. Mana lagi dia nak pergi. 

30 tahun jadi tukang masak

Aku dah letih sangat, lebih 30 tahun hadap benda sama. Aku tukang masak, yang lain nak makan kena ‘order’ dekat aku sahaja.

Asalkan mereka beli bahan tapi ada masa aku buat tak tahu, jadi kesian sebab mak aku pula yang kena masak.

Nak kata sebab kakak aku beli barang, aku tak pernah balik tangan kosong. Penuh bonet kereta dengan benda makan, bahan masak. Maklumlah raya.

Aku pun ada otak. Boleh fikir, takkan semua nak guna barang dalam rumah tu walaupun yang nak makan tu aku dan suami je.

Mak aku dah 70 tahun lebih. Dah tua sangat. Korang yang selalu duduk kat dapur. Tahulah macam mana rasa letihnya tu. Tambah-tambah masa Raya. 

Dulu bagi alasan anak kecil, ni anak dah besar panjang pun si mak tetap pemalas ni kira macam mana.

Aku pakai baju raya masa bergambar sahaja lepas tu terus tukar baju sebab nak bertarung dekat dapur.

Pernah sekali aku pergi berpuasa dekat rumah mak, yang sibuk masak masa sahur tu mak aku, kakak aku kerjanya membuta.

Bukan tak pernah mengungkit tapi bila dah besar dengan ego ditambah pula rasa pemalas dah sebati dengan diri maka kata-kata aku ini ibarat angin lalu.

Dan akhirnya akulah yang jahat dalam cerita ni sebab bebel dan cari pasal gaduh adik beradik sebab yang ada dalam rumah tu.

Buat semak mata memandang je. Korang nak kebulur, lantak korang lah. Aku fikir tetamu mak aku yang nak datang tu je. 

Akhirnya dapat anak

Aku ingat bila dah dapat anak ni ringan sikit kerja aku tapi sama sahaja sampai akhirnya suami ajak balik lepas dua hari raya.

Tahun ni aku buat keputusan tak nak balik beraya, aku kesiankan mak aku tapi sudah tiba masanya aku bagi pengajaran dekat adik beradik.

Pandailah mereka tanggung malu kalau tak ada makanan untuk dihidang kepada tetamu. Bukan masalah aku untuk tahun ini.

Baca juga: Arah pengunjung lelaki tutup rambut, tindakan pekerja masjid buat ramai tercengang