Ikan bilis lemau? Tukang masak ajar petua ‘confirm’ kekal rangup, jangan skip langkah ini!

Oleh MAISARAH AISYA

Selalu tak, bila goreng ikan bilis kat rumah, hasilnya jadi keras, kadang sampai hangit dan rasa pahit? Rasa dah buat betul, tapi tetap tak jadi macam yang kita bayangkan rangup, garing dan sedap.

Rupanya, nak goreng ikan bilis pun ada ‘rahsia’ dan langkah-langkah yang kena ikut. Bukan boleh main campak je dalam kuali! Kalau tersalah cara, memang tak menjadi.

Tapi jangan risau, tukang masak ni kongsikan cara paling mudah untuk pastikan ikan bilis kekal rangup, tak liat dan confirm sedap!

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Rizal Kitchen tentang cara nak bagi ikan bilis kekal rangup dan tak hangit.

Cara pastikan ikan bilis rangup

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis saiz kecil (sesuai untuk nasi goreng kampung, nasi lemak)
  • Air
  • Tepung jagung

Cara-cara:

1. Pilih ikan bilis saiz kecil dan rebus air hingga mendidih.

2. Kemudian rebus ikan bilis ke dalam air mendidih untuk bersihkan habuk yang ada pada ikan bilis.

3. Rebus dalam seminit kemudian toskan ikan bilis tersebut sampai ia betul-betul kering.

4. Masukkan ikan bilis tadi ke dalam satu bekas dan letak empat sudu tepung jagung supaya kerangupan ikan bilis tahan lama.

5. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan ikan bilis untuk digoreng.

6. Pastikan goreng ia hingga ranggup dan jangan tinggal ia kerana ia perlu sentiasa dikacau.

7. Angkat dan toskan serta biarkan ia sejuk. Selesai!

Baca juga: Video gimik pasangan gaduh di pasar raya undang persepsi negatif, tular ke luar negara