Lelaki menyesal terima jemputan ‘open house’, tuan rumah paksa bayar RM120 sekepala

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang lelaki merasa sangat teruja apabila dijemput ke satu majlis makan malam sempena ‘rumah terbuka’ di kediaman sahabatnya.

Turut diundang bersama beberapa orang rakan lain, hampir semua tetamu hadir membawa buah tangan sebagai tanda penghargaan di atas jemputan diberikan.

Jamuan makan malam di rumah sahabatnya itu juga berjalan dengan sangat lancar dengan hidangan pelbagai jenis juadah yang cukup membangkit selera para tetamu.

Rata-rata tetamu yang hadir kemudian beransur untuk pulang ke kediaman masing-masing selepas mereka selesai menikmati aneka hidangan disediakan tuan rumah.

Terkejut beruk dibuatnya, para tetamu yang hadir terperanjat saat mendapat kiriman pesanan mesej daripada tuan rumah meminta mereka melakukan pembayaran.

Difahamkan, kejadian yang mengejutkan itu berlaku di sebuah negara Eropah Barat di mana tuan rumah meminta bayaran sebanyak £20 pound iaitu kira-kira RM120.36.

“Kami dijemput oleh seorang rakan untuk hadir ke rumahnya sempena majlis makan malam. Kami hadir bawa bersama sebotol wain yang bagus sebagai buah tangan.

“Tuan rumah kemudian menghantar pesanan mesej untuk meminta wang daripada setiap tetamu! Saya fikir ini hal gila. Bukankah munasabah sekiranya saya marah

“Kerana bagi saya, tetamu tidak sepatutnya diminta untuk membuat pembayaran sekiranya saya yang menjemput mereka hadir ke rumah,” kata pemuda berkenaan.

Meluahkan ketidakpuasan hatinya, pemuda itu menceritakan semula kejadian itu dan meminta pendapat orang ramai di sebuah forum di atas talian iaitu Mumsnet.com.

Agaknya apa tindakan para tetamu yang hadir sekiranya kejadian ‘rumah terbuka berbayar’ itu berlaku di salah sebuah negeri di Malaysia?

Baca juga: Terkejut tahu penyanyi lagu raya popular ini rupanya berbangsa India, tak perasan pun selama ini