Pergh! Tak sangka menjadi, lelaki guna air gas untuk padamkan kebakaran kecil

Oleh MAISARAH AISYA

Bergantung pada jenis kebakaran, setiap punca api ada cara berbeza untuk dipadamkan, yang penting jangan panik dan kekal tenang.

Umum tahu jika air bergas digoncang, ia akan menyebabkan ia memancut keluar dengan lajunya selepas dibuka penutupnya.

Disebabkan air bergas ini tekanan karbon dioksida (CO2), sehingga 1,200 paun setiap inci persegi, maka ia mampu berfungsi sebagai alat pemadam api.

Tapi sekiranya situasi terlalu bahaya maka hubungi bomba berdekatan, bimbang nyawa pula hilang masa nak cuba teori ini.

Tular klip pendek di laman X mengenai seorang pemilik motosikal roda tiga yang cuba memadamkan api menggunakan air dan kain basah namun tidak berjaya.

Tiba-tiba kelihatan seorang lelaki memegan air gas botol besar dan menggoncangkan ia sebelum membuka penutup dan menghalakan ia ke kawasan api tersebut.

Rupa-rupanya ia berjaya memadamkan api dan menghentikan kejadian tersebut daripada bertukar menjadi lebih buruk.

Rata-rata netizen menerangkan bagaimana air gas tersebut memadam kebakaran api dan pada masa sama mengesyorkan semua kenderaan memiliki alat pemadam api.

“Karbon dioksida termampat memadamkan api dengan menyesarkan oksigen dan mengurangkan kepekatan oksigen yang tersedia untuk pembakaran.”

“Agak pelik bila kereta di sekeliling tidak ada tawarkan alat pemadam api untuk membantu
Ia adalah perkara penting yang mesti ada pada setiap kenderaan,” antara komen netizen.

Baca juga: Lapan tahun jual makanan RM1, peniaga di Kelantan ini tak kisah jual murah demi berkongsi rezeki