Mahu diingati kerana bakat, bukan kontroversi, Hafidz Roshdi bersyukur dapat tawaran berlakon

Oleh MAISARAH AISYA

Terpalit kontroversi selepas menceraikan isteri, Nurul Shuhada, pelakon Hafidz Roshdi teruk dikecam selepas memuat naik gambar bahagia bersama isteri baru.

Apatah lagi dia sempat berkongsi kisah berkahwin dengan isteri baru, Athira Yuhada yang dikenali sejak zaman persekolahan tapi tidak mampu membayar nafkah dua anak.

Kini selepas setahun tanpa tawaran berlakon, Hafidz bersyukur dapat peluang membintangi drama bersiri Bawah Payung Awan 2.

Menurut Kosmo! Online, kesempatan tersebut diberikan syarikat produksi Global Station sebagai permulaan yang baik buat kerjaya seninya.

“Alhamdulillah, saya seolah-olah diberikan peluang kedua apabila kembali menerima tawaran lakonan.

Setelah setahun tak ‘shooting’, tak sangka Global Station sudi tawarkan saya berlakon drama Bawah Payung Awan untuk siaran saluran penstriman Viu.

“Diharap ini menjadi titik tolak untuk saya kembali aktif dalam dunia lakonan sekali gus meraih kepercayaan stesen televisyen arus perdana,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Harap produksi lihat bakat, bukan kontroversi

Tambahnya, dia tidak menganggap namanya disenarai hitam akibat kemelut perkahwinan, sebaliknya mengambil masa untuk berehat selepas lapan tahun aktif berlakon.

“Harapan saya semua pihak terutama penerbit, pengarah serta penggiat seni dapat ketepikan soal kontroversi dan lihat bakat saya.

“Saya mahu kembali ligat di lokasi penggambaran selain dapat mencari rezeki semula dalam bidang yang saya sukai.

“Saya anggap kerja ini (p-hailing) sebagai cara ‘healing’ kerana sepanjang lapan tahun dalam industri seni saya jarang dapat bercuti panjang.

“Ada hikmah di sebalik pekerjaan ini yang membolehkan saya berjumpa ramai orang dan menenangkan diri selepas disahkan bipolar pada 2021,” katanya.

Baca juga: “Selagi janda-janda saya tak berkahwin, selagi itu juga saya tak kahwin” – Datuk Red