Kadang kala ada pasangan yang bercerai sekadar memaklumkan perpisahan mereka namun menyembunyikan sebab untuk menjaga aib masing-masing.
Pernah muncul desas desus keretakkan rumah tangga antara penyanyi Datuk Nora Ariffin dan suaminya Dr. Rushdi Ramli sebelum ini.
Namun Nora menolak dan mendakwa hubungan mereka masih baik sebelum ini tapi semalam dia memuat naik satu video yang mengejutkan peminatnya.
Menerusi satu video di Instagram milik Nora, dia memuat naik video suaminya melafazkan talak satu buatnya.
“Saya yang bernama Rushdi bin Ramli dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah Taala,” lafaznya.
Dalam kapsyen video tersebut, Nora bersyukur segala urusan sudah selesai namun merahsiakan sebab penceraian mereka.
“Alhamdulillah, selesai. Allah SWT sahaja yang tahu,” katanya.
Ruangan komen video tersebut segera ditutup oleh Nora, tidak memberi ruang untuk sebarang spekulasi dari orang ramai.
Tiga jam selepas video tersbeut dimuat naik, Nora menerusi Insta Story memaklumkan dia agak tergamam selepas diceraikan.
“Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diverikan padanya iaitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan merakam video sebagai bukti.
“Saya tergamam tak terkata, cukuplah Allah SWT bersamaku,” jelasnya.
Baca juga: Rupanya ada sebab Azmil Mustapha berhenti berlakon, Alya Iman dedah pesanan arwah ayah