Seperti dijangka, penyanyi Aina Abdul yang sinonim dengan jolokan ratu fesyen pelik mendominasi perhatian pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 malam tadi.
Penyanyi berbakat besar itu menggayakan busana yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa pun apabila tampil dengan kostum gergasi berbentuk hati dan berwarna merah.
Pelantun lagu ‘Terus Hidup’ itu membuat kejutan di tengah-tengah persembahannya apabila busana gergasi itu tiba-tiba terbuka dan jatuh ke belakang.
Penyanyi itu ibarat keluar daripada ‘kepompong’ sekali gus memukau mata penonton dengan dress labuh berwarna merah.
Ternyata persembahannya berjaya menjadi bualan ramai sehingga sohor kini di platform X.
Rata-rata pengguna menganggap Aina Abdul adalah fenomena Muzik Malaysia kerana walaupun baru sahaja bertanding di peringkat separuh akhir, tetapi namanya sudah sohor kini dan menjadi tumpuan ramai.
Selain itu mereka menganggap penyanyi kelahiran Johor Bahru itu sebagai ‘queen’ yang tidak boleh ditandingi penyanyi lain.

Baca juga: Rider tersalah rumah, anak-anak termakan daging babi