Pelakon Nabila Huda tidak pernah terfikir untuk melakukan rawatan memutihkan kulit, menyifatkan tona kulit sawo matang dimilikinya adalah satu anugerah yang sangat disyukurinya.
Aktres itu berkata, jika dia terikut-ikut dengan trend memutihkan kulit, hilanglah keistimewaannya nanti kerana terlihat sama sahaja dengan pelakon lain.
Dia juga mengakui tidak berminat untuk mengikut piawaian kecantikan tertentu.
“Memiliki kulit yang klasik adalah satu anugerah yang disyukuri,” katanya memetik Hibglam.
Tambah Nabila, dia pernah ditawar untuk melakukan rawatan mencerahkan kulit atau rawatan estetik yang menjadi kegilaan ramai wanita, namun dia tetap berpegang teguh dengan pendiriannya.
“Saya tidak pernah terfikir untuk putihkan kulit. Kalau saya berkulit putih, keistimewaan saya mungkin hilang kerana kelihatan sama dengan pelakon yang lain.
“Sejujurnya saya takut akan kesan memasukkan bahan bukan semula jadi ke dalam badan pada masa depan. Tidak guna cantik, tetapi kesannya ketika tua mungkin saya menghidapi masalah buah pinggang,” jelas Nabila.
Baca juga: Isteri tak boleh tuduh suami berzina walau ada bukti gambar, ini penjelasan peguam