Gelagat usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida yang “pucat lesi” gara-gara dicaj RM1,300 selepas menaiki beca di Kota London menarik perhatian ramai.
Usahawan itu memberitahu, pemandu beca berkenaan mengenakan tambang 235 pound atau RM1.3k hanya untuk tempoh 10 hingga ke 15 minit pusingan di sekitar kota itu.
Ia sekaligus menjawab persoalannya yang berasa hairan kenapa orang-orang di sana memandangnya pelik.
“Excited nak naik, masa ni gembira lagi. Dia (pemandu beca) kata round (pusing) 10 ke 15 minit.
“Saya dah pelik kenapa tak ramai orang naik. Lepas tu, semua orang pandang saya naik benda ni (beca). Tengok tak ada orang naik pun,” katanya dalam satu klip video tular di TikTok.
Selepas habis tempoh 15 minit dibawa pusing sekitar bandar tersebut, DS Vida tidak dapat menutup muka terkejutnya apabila pemandu itu meminta bayarN yang dianggap melampau.
Usahawan itu juga berkata dia terpaksa menipu, mengatakan dia seorang pelajar untuk mendapat diskaun.
“Saya beritahu saya student (pelajar) dapatlah diskaun sikit. Tapi dia tak percaya pula saya pelajar.
“Menipu dia (pemandu beca). Bukan pucat tapi kejut beruk dengar harga tu. Kucar bojeng (makan modal), patutlah tak ada orang naik,” katanya lagi.
Video itu sehingga kini mendapat lebih 36,000 tanda suka dengan lebih 1k komen ditinggalkan pengguna media sosial.
Baca juga: Bekas isteri Jay Iswazir dedah punca bercerai, dipaksa gugurkan kandungan