“Bekas suami ingat aku tipu ada alergik, aku sampai masuk hospital sebab dia sengaja ‘test’ aku…”

Oleh MALAYSIADATELINE

Jangan main-main bab alergik, rongga pernafasan boleh tertutup, lambat ambil tindakan maka boleh membawa maut.

Sebagai suami dan isteri, kenalilah pasangan yang sebenarnya, perkahwinan bukan sekadar batin mala zahir juga penting.

Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup mencampurkan sos ikan ke dalam lauk untuk mengetahui sama ada alergiknya adalah benar atau sekadar memilih makanan.

Di bawah adalah luahan yang diambil dari portal IIUMC.

Sejujurnya benda yang paling aku ingat bila nak proses cerai, ramai macam saudara mara, kawan, pejabat agama yang anggap alasan aku ni remeh, pada mereka yelah tapi pada aku tidak.

Aku kenal bekas suami ni dari zaman belajar habis belajar lepas dah kerja kami terus ke rumah tangga.

Bab makan ni ada satu benda yang sangat allergic iaitu ikan, aku memang dah bagi tahu awal dan banyak kali dekat bekas suami aku.

Dari kami mula kenal, bercinta dan berkahwin aku dah cakap “abang saya memang tak boleh makanan ada bahan sekian-sekian”

Bila keluar makan aku mesti akan tanya bahan dia ada letak ke tidak benda ni. Bila dah clear baru aku boleh order, bekas suami aku ada lah macam bebel “cerewetnya awak ni sayang”.

Aku anggap gurauan sebab dia gelak, sepanjang hidup dua kali aku kena alergik, rasa macam nyawa di hujung tanduk.

Bekas suami aku masak, selama ni dia kalau masak setakat mi segera dan telur mata tapi ni dia cakap nak masak full package ada ayam, daging, sayur dan dua ke tiga lauk lain lagi.

Aku pun makan, tengah sedap makan ayam goreng kunyit ni tiba-tiba sesak nafas aku pun tanya dia letak apa je dalam makanan ni tapi dia cakap tak ada apa-apa.

Bergegas ye ke hospital nasib baik tak jauh. Waktu tu muka, tekak aku dah rasa cramp aku cuma fikir mati je ni.

Lepas dah dapat rawatan of course memang aku consume benda yang tak sepatutnya. Aku tanya bekas suami aku dia masak guna apa. 

Dia cakap bukan dia yang masak tapi beli kat luar aku pun tanya dia beli mana tapi berdalih je..

Lepas dah berejam ulang alik siasat dapat tahu yang bekas suami aku ni sengaja, dia beli yang macam fish chop tu dia campur gaul dengan ayam lepastu goreng.

Aku terkejut memang muka aku waktu tu dengan sakitnya lagi, boleh rasa pucat muka aku.

Dia cakap ingin tahu sama ada betul ke aku ada alergik lepastu dia dengar lah kawan dia, saudara dia dan ada dia baca kat internet ceramah ustazah, mungkin yang aku ni bukan allergic.

Aku ni macam ada psychological problem so dia cuba lah. Dia ingat kalau aku alergik pun kesan dia tak teruk sebab alasan dia tak pernah nampak orang allergic.

Aku bila dengar tu bermacam benda dalam kepala otak aku. Geram, marah, kecewa hampir sebulan.

Aku selama kenal bekas suami aku, bertunang sampai kahwin hal allergic aku ni selalu aku tekankan. Aku selalu cakap, “jangan buat main boleh buat mati”.

Jujurnya kalau suami aku tak sengaja macam dia beli luar aku boleh terima sebab bukan dia sengaja. Tapi, dia sengaja.

Aku pun banyak kali tanya dia kenapa tak fikir panjang. Kenapa boleh ada terdetik niat nak tengok aku punya allergic reaction.

Lantik peguam, jumpa hakim dia marah bebel tengking aku cakap isu aku ni remeh.

Selepas hampir setahun akhirnya aku pun selamat bercerai. Proses memang rumit, kalau kau ada ternampak video ke, penulisan tentang cerai percayalah memang payah.

Bila dah sah cerai bekas suami aku hantar mesej panjang dia cakap aku ni betina bodoh kena sikit pun nak bercerai, aku cuma mampu gelak.

Banyak kes ni apa lagi dengan kawan-kawan, pasangan yang sambung belajar tu lagi lah.

Sebab ramai yang kalau pernah nampak allergic reaction cuma jenis biasa macam ada merah kat kulit atau yang symptoms mild biasa.

Tapi yang jenis kalau dah cramp tekak, muka, badan tu memang tidak lah, sakit dan rasa hujung-hujung nyawa.

Baca juga: “Perempuan tu siap ‘update’ nikmatnya berzina, bila aku minta cerai suami tolak, alasan dia…”