Singapura melangkah ke hadapan apabila republik itu mula menjual durian jenis Musang King melalui mesin layan diri.
Menurut laporan AFP, durian itu adalah daripada varieti Musang King yang diperoleh terus daripada petani Malaysia.
Mesin layan diri itu milik syarikat Kaki Kaki Durian di mana ia akan ditempatkan di Stesen Transit Laju Massa (MRT) Tampines.
Raja buah itu akan diletakkan di stesen kereta api berkenaan mulai 20 Januari ini.
Mesin itu menjual isi durian seberat 400 gram pada harga SGD38 (RM125), manakala diskaun 50 peratus ditawarkan hingga pertengahan bulan depan, demikian menurut akhbar The Straits Times.
Untuk info sejak tahun lalu lagi mesin layan diri itu telah ditempatkan di tiga bangunan pangsapuri.
“Mesin layan diri membolehkan kami menyelaraskan operasi sambil memastikan setiap durian dikendalikan dengan berhati-hati, tepat dan konsisten,” kata pengasas bersama Kaki Kaki Durian, C.Y. Wong.
Baca juga: Nak ‘shopping’? Kajian sarankan jangan beli-belah selepas minum kopi!