Malaysia bakal ada lebuhraya tanpa halangan tol dalam waktu terdekat

Oleh ROSLAN ZAMAN

Nampaknya impian rakyat Malaysia untuk memperoleh jalan raya tanpa halangan tol bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Tiada lagi jem teruk disebabkan kena berhenti membayar tol atau kegagalan fungsi RFID yang sering kali berlaku.

Ini berikutan laporan The Edge yang mengesahkan para pemegang konsesi lebuh raya, yang diketuai oleh PLUS dilaporkan telah bekerjasama untuk membangunkan sistem Multi Lane Free Flow (MLFF) mereka sendiri.

Laporan itu turut menyebut pihak PLUS sedang mencari penyelesaian untuk mengelak berlaku salah guna dan eksplotasi keuntungan ketika pelaksanaannya.

“Tiada peraturan yang membenarkan syarikat konsesi mengejar mereka yang tidak membayar tol sebaik sahaja mereka meninggalkan lebuh raya.

“Objektif jalinan dengan RTD adalah untuk memastikan pemandu yang berhutang dengan pemegang konsesi perlu membayar sebelum memperbaharui cukai jalan mereka,” kata seorang eksekutif industri seperti dipetik Theedge.

Plus yang merupakan pemilik dan pengendali lebuh raya terbesar di negara ini, dijadual memulakan sistem MLFF sendiri menjelang April.

Baca: Plus bagi izin guna lorong kecemasan kalau trafik sesak masa raya, tapi kena tahu dulu lorong yang mana