Menteri Dalam Negeri, Saiffudin Nasution hari ini menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Jelutong, Rayer yang bertanyakan status larangan pendakwah terkenal Zakir Naik yang berceramah di Perlis baru-baru ini.
Saifudin berkata larangan ceramah hanya semasa tempoh siasatan terhadap 2 siasatan ketika itu yang menyentuh soal sensitiviti agama.
“Larangan tersebut hanya pada (tempoh) siasatan dibuat dia atas 2 insiden tersebut, sekarang tidak ada lagi larangan itu”, katanya
Pada 6 Februari lalu, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri mengeluarkan kenyataan sedia kembali ‘bertempur’ menentang ahli Parlimen DAP yang dilihatnya begitu lantang termasuk dalam Parlimen, apabila mempersoalkan program keagamaan yang dianjurkan beliau di Perlis baru-baru ini.
Media terdahulu melaporkan Rayer menimbulkan persoalan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kemunculan Zakir yang sebelum ini dilarang untuk berceramah di negara ini.
Rayer membangkitkan perkara tersebut susulan laporan sebuah portal berita bahawa Zakir ada membuat ceramah di satu kawasan Parlimen di Perlis.
baca: Suami kantoi buat ‘live’ konon tolong ‘TikToker’ jual barang, wanita nekad nak saman RM64k