Bila berpuasa ni pastinya tenaga berkurang sebab tidak makan dan minum dalam masa lebih 10 jam.
Maka bila berbuka sahaja segala makanan dan minuman disumbat dalam perut dalam waktu sama, ini boleh menyebabkan kembung pertut.
Jadi lebih elok jika bersederhana semasa sahur dan sewaktu berbuka serta boleh minum air susu kurma untuk tambah tenaga.
Ikuti perkongsian Qasseh Ashikin mengenai cara buat susu kurma yang dikongsikan semula oleh pengguna Facebook Cik Aien menerusi ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
Cara buat susu kurma guna 3 bahan
Bahan-bahan:
- Kurma 5 biji (Bilangan kurma bergantung ikut citarasa sendiri, sebaiknya dalam bilangan ganjil.)
- Air masak setengah cawan.
- Susu segar satu cawan.
Cara-cara:
1. Kurma dibuang biji dan isinya kita carik-carikkan.
2. Rendam dalam setengah cawan air masak dan biarkan rendam sampai kurma kembang.
3. Lebih baik kalau rendam sebelum tidur untuk minum ketika sahur esoknya.
4. Bila kurma dah kembang boleh blend dengan secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur.
Selamat mencuba!
Baca juga: Puas fikir cara simpan lengkuas terlebih beli agar kekal segar? Cuba petua ini tak perlu tukar air!