Wanita terharu BF sanggup batal puasa sebab nak teman makan

Oleh ROSLAN ZAMAN

Orang muda zaman sekarang bercinta bagaikan sudah berkahwin hingga sanggup melakukan apa sahaja demi kekasih.

Ada yang sanggup merantau berbatu jauhnya demi berjumpa kekasih hati hingga akhirnya hanyut dibuai asmara.

Terbaru seorang wanita dikecam selepas merakam aksi teman lelakinya yang minum di siang hari dalam bulan Ramadan.

Video tersebut dimuat naik pengguna @ywd.id telah mendapat tontonan lebih 100 ribu, rata-rata mengutuk pasangan tersebut.

“Teman lelaki aku rela batas puasa untuk teman aku makan sebab tengah datang bulan. Dia tak mahu aku makan seorang diri,” ujar kapsyen video tersebut.

Rata-rata netizen hanya mampu geleng kepala dan menasihatkan wanita itu untuk mencari pasangan lain.

“Jujur ni, jangan kau jadikan lelaki seperti itu imam untuk akhirat kamu.

“Ini baru betul jodoh cerminan diri, usaha yang sangat luar binasa, harus ‘dipujii’,” komen netizen.

Ada juga netizen yang mengingatkan bahawa buka puasa tanpa alasan kukuh sebenarnya tidak boleh diganti.

“Sebagai pengetahuan, puasa Ramadan kalau sengaja dibatalkan, mahu diganti 1000 kali puasa sekalipun tak boleh ganti puasa tersebut.

“Kalau sengaja batal tanpa ada halangan atau kesakitan, puasa itu tidak akan bisa diganti,” komen pengguna lain.

Jangan main bab agama, tak perlu nak sedapkan hati kekasih yang belum tentu lagi halal di masa depan.

Baca juga: Si Bulus telan duit RM18K, pasangan suami isteri berputih mata tengok