Macam-macam kerenah pembeli di bazar Ramadan, ada sahaja tidak kena dengan makanan yang dibeli.
Sebagai penjual jika ada lebihan makanan maka sedekah, janganlah di jual pula di hari lain, tekstur dan kualiti sudah lain.
Ini tidak demi menjimatkan duit, ada peniaga sanggup menjual makanan yang tidak habis dijual semalam.
Tular di TikTok, seorang pengguna media sosial memuat naik video kuih keria yang dibelinya terlihat sangat keras.
Lebih lucu, dia cuba membuktikan betapa kerasnya kuih keria itu dengan mengetuknya di atas lantai, bunyinya kuat namun kuih tersebut tidak hancur walaupun sedikit.
“Allah uji sebab Allah sayang,” ujar pengguna @mnyoongi__ yang memaklumkan dia cuba untuk makan sewaktu berbuka.
Rata-rata netizen juga terkejut melihat tekstur kuih keria yang sepatutnya lembut di bahagian dalam itu keras seperti batu malah ada berseloroh dia terambil ‘display’.
“Risau nak makan. Takut tinggal gusi je. Betullah tak pandai masak tidak mengapa, asalkan jangan berniaga di bazar.
“Dia salah bagi kot, mungkin tu keria digunakan untuk display, baik pulangkan balik, kesian awak.
“Entah-entah ini yang dah dua tiga hari penjual keluar masuk peti ais, gula dia dah jadi ais batu.
“Boleh buat lapik kaki peti ais, ketuk paku, lapik kaki rumah kayu pun boleh lagi rasanya ni, silap-silap tahan tayar kereta atau lori atas bukit pun boleh ni,” antara komen netizen.
Baca juga: Minah Saleh borong 28kg jajan dari Malaysia untuk dibawa pulang ke negaranya