Ebit Lew ziarah Mak Wan latah, ramai terkejut lihat keadaan terkininya

Oleh KIM SYAZIE

Pendakwah bebas, Ebit Lew mengundang rasa sedih ramai selepas memuat naik klip video dia menziarahi pelakon veteran, Mak Wan Latah.

Dalam rakaman dikongsikan di Instagram, ramai yang terkejut melihat keadaan terkini Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud yang kini amat sukar hendak berjalan.

Pelakon itu tidak mampu berdiri lurus dan hanya berbongkok menyapa kehadiran Ebit.

Ebit di ruangan kapsyen mendoakan aktres berusia 64 itu terus diberikan kesihatan yang baik.

“Ziarah Mak Wan. Allahuakbar. Dulu bawa Mak Wan pergi Umrah. Katanya rindu sangat.

“Mak Wan kata jika ada kerja apa-apa, boleh bagi dekatnya. Semoga Mak Wan terus kuat dan sihat ya, Allah sayang Mak Wan,” katanya.

Dalam video itu Ebit sempat menghulurkan sampul duit sebagai sumbangan meringankan beban Mak Wan.

Sementara itu di ruangan komen ramai yang meluahkan rasa simpati dan sebak melihat keadaan terkini pelakon kesayangan ramai itu.

Berkat perkongsian video itu juga, ramai yang mahu menghulurkan bantuan dan sumbangan buat Mak Wan.

Baca juga: Raih 2.7 juta tontonan, video anjing konon berkaki lumpuh buat orang geram – “Pulang air mata aku!”