Nak menutup aurat dengan sempurna bukanlah senang namun perubahan sedikit demi sedikit perlu dilakukan agar lebih terbiasa.
Bagi mereka yang menunaikan umrah pastinya selepas pulangg ke tanah air mahu menjadi insan yang lebih baik, menutup aurat dengan lebih sempurna.
Tampil dengan imej bertudung, pelakon Isyariana mengakui belum membuat keputusan untuk bertudung sepenuhnya namun berharap dirinya dapat kekal istiqamah lapor Kosmo! Online.
“Saya bertudung selepas pulang daripada menunaikan umrah beberapa hari lalu. Tidak muktamad lagi dengan imej ini tetapi saya pula segan bila tak bertudung.
“Rasa seronok, selamat dan okey dengan imej sebegini. Saya masih baru dengan imej sebegini dan kalau boleh tak mahu jawab sama ada dalam fasa percubaan kerana sedang cuba terbaik untuk diri sendiri,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Jelasnya dia tidak mahu menyatakan keinginan untuk memakai tudung sudah lama namun faktor kerja pula menjadi penghalang.
“Memang niat bertudung sudah lama dan namun untuk kekal istiqamah bukan hal senang.
“Kemudian saya juga ada beberapa tawaran drama termasuk Bukan Sekadar Lafaz 2, ketika itu masih lagi ‘freehair’. Mahu atau tidak memang kena buka tudung.
“Setakat ini, saya berehat dari lakonan pada bulan Ramadan, jadi beginilah (imej) saya,” jelasnya.
Pada masa sama dia mengakui dirinya takut andai tidak istiqamah namun mengakui ada menolak beberapa tawaran yang hadir.
“Ya saya takut tak istiqamah sebab saya sedang ‘struggle’ juga.
“Tak boleh nak jawab ditambah dengan tawaran lakonan yang akan diterima kelak juga bagaimana.
“Ada juga beberapa tawaran yang saya tolak untuk lakukan. Sekarang pun saya tak tahu sudah bertudung atau tidak tetapi saya usaha lakukan apa yang sepatutnya,” tambahnya.
Baca juga: Bella Astillah berangkat tunai umrah, diiringi Syed Saddiq ke KLIA