Biasanya lepas bercerai sahaja mesti ada yang bermasam muka namun ada juga memiih untuk kekal berkawan demi membesarkan anak bersama.
Begitu juga buat pelakon Emma Maembong yang mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami Muhammad Shazli Azhar.
Malah ada yang menyangka mereka sudah kembali bersama kerana dilihat tidak kekok bergambar bersama anak-anak lapor Harian Metro.
“Saya dengan bekas suami memang rapat dan hubungan antara kami sangat baik walaupun sudah bercerai. Kami tiada isu dalam hal besarkan anak.
“Kami memang mahu sentiasa ada di sisi anak-anak dan bergambar sebagai keluarga lengkap kalau ada apa-apa acara.
“Sampaikan di set penggambaran ada ingat kami sudah kembali bersama sebab masih rapat.
“Kami tiada masalah sampai tak boleh nak berhubung malah beli barang keperluan raya anak-anak pun kami pergi bersama,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Buat Emma andai ada jodoh, dia pastinya mahu berkahwin lagi dan tidak menetapkan sebarang kriteria untuk bakal suami.
“Memang dari dulu saya tak pernah pandang status dan berkawan dengan sesiapa yang saya mahu. Saya tak mahu jadi orang yang palsu, saya nak jadi diri saya sendiri,” tambahnya.
Emma mengejutkan ramai apabila mengumumkan penceraian pada Oktober lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Shazli.
Baca juga: Liyana Jasmay padam video joget minta duit raya, menyesal ikut ‘trend’ tanpa usul periksa