Terkejut anak beli burger dengan inti nugget harga RM3, rupanya dah banyak kali ‘complain’ dekat kantin sekolah

Oleh MALAYSIADATELINE

Meskipun tak semua kantin sekolah bermasalah namun ada juga yang menjual makanan tidak sihat pada harga tinggi.

Umum tahu kanak-kanak membesar memerlukan porsi makanan yang mencukupi tapi kantin ini menjual ia dalam kuantiti sendikit namun harganya mahal.

Tular pengguna TikTok Leena.Scha yang kecewa melihat makanan dibeli anaknya di kantin sekolah, di luar adalah roti burger namun intinya adalah satu nugget sahaja.

“Pening dengan isu kantin sekolah ni, ibu bapa buat laporan sana sini, kesian dekat anak-anak dekat sekolah nak makan, bukan semua orang mampu.

“RM3 untuk burger saiz mini, daging pula guna nugget. Beli tepi jalan pun dapat yang isi penuh,” luahnya di TikTok.

@leena.scha

Alahai.. fenin lah isu kantin sekolah ni.. sana sini memekak pasai isu kantin ni.. tapi tu lah hakak pun salah sorang jugak.. sebab penah hadap depan mata.. kemonnnn !!! Parents da pakat report sana sini… too much lah! Kesian anak2 kat sekolah nak makan. Tak semua orang mampu kot kan.. tp jangan buat anak2 camtu.. rm3 buger size mini tu kot!!! .. daging tu nugget camtu .. amender lah hah .. beli tepi jalan pun dapat full ! Ehh i kenot brain lah.. mula la kan..rm3 besa lah mat standard size!! Banyak betul komplen kantin ni da.. sampai harini .. ke sini lah jawabnya..x silap bulan lepas ada isu apa kantin kena tutup smntara. Isu makanan jangan cakap lah mmg penat dah komplen mak pak… n harini datang video ni kt group parents sekolah.. so hakak pun ada anak2 kat sini.. sekolah mmg ok sangat d best.. tapi pngurusan kantin ni .. tak tau lah apa masalahnya dah ni.. harap pohak yang btgjwb tolong jenguk2 n bantu2 sikit apa yang patut! Kesian kat anak2 .. tak semua orang mampu .. tu je nak bgtahu! Ada mak ayah keje harap ank2 dpt makan kt sekolah bbaik.. tapi kalau macam ni sedihlah.. sian budak2 bukan tau apa ..

♬ original sound – LeeNa ScHa – LeeNa ScHa

Jelas pengguna tersebut, bulan lepas kantin di sekolah berkenaan terpaksa ditutup sementara atas beberapa isu.

“Banyak betul aduan mengenai kantin ini sampai ke hari ini, tak silap bulan lepas ada isu sampai kantin kena tutup sementara waktu.

“Hari ni datang video ni dekat group ibu bapa sekolah, saya pun ada anak dekat sini dan sekolah ni memang elok cuma pengurusan kantin ni tak tahulah apa masalahnua.

“Tak semua orang mampu, ada mak bapa kerja dan harap anak dapat makan kat sekolah elok-elok tapi kalau macam ni kejadian dia memang sedihlah,” tambahnya.

Baca juga: Video tular murid hisap vape rupanya dirakam di surau, pihak sekolah akan ambil tindakan