Aliff Syukri dedah perbelanjaan isi rumah cecah RM60,000 sebulan

Oleh KIM SYAZIE

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mencuri tumpuan ramai di TikTok selepas mendedahkan jumlah bulanan perbelanjaan isi rumah yang ditanggungnya.

Menurut Aliff, dia perlu mengeluarkan belanja hampir RM60,000 sebulan untuk perbelanjaan isi rumah.

Dia juga perlu memperuntukkan sekitar RM15,000 sebulan hanya untuk makanan memandangkan penghuni di rumahnya sangat ramai kira-kira 14 orang termasuk pembantu rumah.

“Makan minum setiap bulan paling sikit RM15,000. Sebulan hampir RM60,000 (komitmen).

“Walaupun pendapatan tak banyak tapi Alhamdulillah Allah masih beri rezeki,” katanya dalam satu siaran langsung di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menitipkan kata-kata positif untuk suami kepada Datin Shahida itu selain mengingatkan bahawa Aliff sudah bertahun-tahun menjadi pembayar zakat paling banyak di Selangor.

Mereka juga mengakui Aliff seorang ketua keluarga yang bersungguh-sungguh mencari rezeki untuk keluarga.

Baca juga: “Sembang bukan main konon gaji ribu riban, sekali nak bayar makan RM140 pun suruh aku”