Lelaki bawa anjing peliharaan makan di restoran mamak, netizen tanya tak ada siapa tegur ke

Oleh KIM SYAZIE

Seorang individu menjadi sasaran kecaman ramai selepas didapati membawa anjing peliharaannya makan bersama di sebuah restoran mamak di Segamat baru-baru ini.

Dalam satu video dimuat naik pengguna Facebook, seorang lelaki dilihat sedang duduk di meja makan bersama seekor anjing baka Poodle yang diletakkan di kerusi sebelah.

Tidak dapat dipastikan sama ada restoran mamak itu mempunyai sijil halal atau tidak.

Dalam video tersebut, salah seorang pekerja restoran sudah pun melihat kehadiran haiwan peliharaan berkenaan. Namun tiada teguran dibuat.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kurang senang dengan situasi tersebut, mempersoal adakah pemilik restoran sudah menegur lelaki itu.

Mereka juga meluahkan rasa was-was untuk berkunjung lagi ke restoran berkenaan.

Baca juga: Cairkan plastik dalam minyak masak untuk buat makanan lebih rangup? Netizen terus waswas lepas tengok video