Leona pelik lelaki tak pernah tengok payudara sepanjang hidup

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pempengaruh yang sedang meningkat naik Leona baru-baru ini meluahkan rasa jelik dengan komen-komen lelaki nakal yang ditinggalkan di ruangan media sosialnya.

Menurut Leona yang juga anak kepada pelakon popular Azhar Sulaiman, dia sebenarnya bukan yang jenis membaca komen sangat, tetapi ada komen yang menarik perhatian bercakap tentang hal lucah.

“Saya bukan jenis membaca komen netizen tetapi ada satu yang menarik perhatian ramai iaitu seorang lelaki yang meninggalkan komen jelek, bercakap tentang hal lucah.

“Perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya ialah adakah dia tidak pernah melihat payudara sepanjang hidupnya?

“Saya sebenarnya tidak kisah tetapi saya difahamkan individu tersebut menggunakan identiti orang lain sehingga melibatkan campur tangan sebuah universiti. Saya kasihan dengan individu yang sebenar,” katanya memberi respon di media sosialnya.

“Buat individu yang menggunakan identiti orang lain itu, pergi cari kehidupan sendiri dan berhenti berpura-pura menjadi orang lain.

“Awak tahu perkara itu salah tetapi kenapa buat juga? Tak takut dengan dosa ke?

“Saya boleh maafkan awak namun, orang lain tidak. Awak akan masuk neraka, maka jadilah individu lebih baik,” tambahnya.

Namun pempengaruh itu tidak memberi ‘details’ jenis komen lucah yang diterimanya.

Melihat di ruangan ruangan komen, majoriti warganet memuji cara Leona mengendalikan perkara tidak baik yang hadir dalam hidupnya.

“Dia seorang yang sangat bagus, bukan semua orang mampu berdepan dan membalas perkara negatif sebegini dengan tenang.

“Saya perlukan mentaliti positif sebegini. Terus jadi pempengaruh yang boleh menjadi contoh orang ramai,” tulis netizen di ruangan komen.