Penduduk dakwa tingkap rumah pecah kesan latihan LIMA’25

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) telah pun selamat dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi. Pelbagai latihan berterusan yang dibuat oleh juruterbang bagi menjayakan LIMA’25 kali ini.

Namun lain pula ceritanya di pihak penduduk sekitar apabila mengadu berlaku kerosakan di sebahagian rumah mereka kesan dari gegaran jet pejuang yang membuat latihan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh pemilik akaun tiktok @aneplgk yang memuatnaik video tingkap rumah-rumah sekitarnya pecah. Lelaki itu menulis di ruangan videonya, “penangan LIMA25! Mana risk management event sebesar ini?”

@aneplgk Kasi share & viral satu kali ? Solution dia bukak tingkap dan kereta ? & Masih nak buat y LAGI KUAT ?? Practice pon dah jd mcm ni . Takdak solution ! Kita kasi viral ! #eventLIMApalingmenyusahkan #Kasiviral #LIMA25 ♬ original sound – aneplgk

Memetik dari laporan Kosmo, dianggarkan lima buah rumah mengalami kerosakan pada bahagian tingkap dan siling kediaman masing-masing akibat gegaran yang dipercayai berpunca daripada latihan pertunjukan udara tersebut.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam pada itu memberi respon segera di atas aduan penduduk ini. Beliau menegaskan pihaknya tidak akan memandang remeh isu ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

baca: Pemuda rela tinggalkan kerjaya jurutera demi tanam cili, hasilnya sebulan mampu raih lima angka