“Dia curi banyak tau” – CEO Zaitun dakwa duit syarikat ‘dirembat’ bekas pekerja

Oleh MALAYSIADATELINE

Nama seorang bridal assistant (BA) atau pembantu pengantin dikenali sebagai Kiki kini hangat diperkatakan di media sosial selepas didakwa tertangkap melakukan beberapa kecurian melibatkan wang tunai dan barang kemas milik pelanggan.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna dikenali sebagai Pwinceshhhmeowww, individu terbabit didakwa mempunyai beberapa rekod kes lampau termasuk membabitkan wang pelanggan dan syarikat.

“Daripada apa yang aku baca, kes viral dia banyak kes ya sebelum ni,” tulisnya.

Antara dakwaan yang disebut termasuk isu pecah amanah hampir RM50,000 ketika bekerja dengan usahawan Ameera Zaini selain dakwaan melibatkan penghantaran kotak kosong kepada pelanggan.

Malah, pengguna tersebut turut mendakwa individu berkenaan pernah dikaitkan dengan isu penipuan pertukaran duit raya serta beberapa dakwaan lain melibatkan barang kemas dan wang milik pelanggan.

“Scam BA, rembat salam keruk, mas kahwin, rembat emas bride, anak saudara bride, mak saudara bride,” dakwanya lagi.

Kemudian muncul pula mukanya untuk mempromosi produk ubat gigi Zaitun pada tahun 2024 dan ramai mempersoal sama ada wanita itu sememangnya bekerja di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh mendakwa wanita berkenaan pernah bekerja dengan syarikat tersebut dan didakwa terlibat dalam kehilangan wang syarikat.

“Ye doh. Dia curi duit syarikat saya banyak tau, pihak Zaitun pun dah buat laporan polis.

“Apa la Kiki ni, teruk betul curi-curi duit semua. Tolong bayar balik duit syarikat,” dakwanya lagi.

Baca juga: PM Anwar jawab isu kebanjiran pelarian Rohingya, jelas tindakan diambil kerajaan