Pekerja dedah Kieda Crepe tak terlibat sedia makanan, duduk rumah lepas dijangkiti Herpes

Oleh WAN SITI AMINAH

Nama usahawan kontroversi, Kieda Crepe masih menjadi topik perbincangan di media sosial terutamanya selepas mengakui menghidap Herpes iaitu salah satu jangkitan penyakit kelamin di bahagian bibirnya.

Isu ini turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelanggannya berhubung tahap kebersihan premis milik Kieda Crepe tambahan pula usahawan terbabit menjual makanan dan pencuci mulut di kedainya.

Perkara ini mendorong salah seorang pekerja Kieda yang dikenali sebagai Alya untuk memberi penjelasan tentang isu tersebut supaya pelanggan tidak merasa khuatir bakal terdedah dengan jangkitan sama.

Menerusi satu rakaman dimuat naik di laman TikTok, Alya tampil meyakinkan para pelanggan bahawa mereka tidak perlu merasa bimbang kerana Kieda tidak terlibat dalam proses penyediaan makanan buat masa ini.

Malah pemilik nama sebenar Siti Nur Khalieda Yusra itu juga tidak akan berkunjung ke premis berkenaan untuk sementara waktu berikutan menerima nasihat daripada doktor untuk berehat di rumah dahulu.

@kiedacrepehouse

Terima kasih atas semua nasihat , kami cuba yang terbaik untuk semua tetamu #kiedacrepehouse . 🙏🏻 BIG TOUR KIEDA CREPE 3.0 – PAHANG 🎢🔥 🗓️28.6.2025 ✨ SABTU ⏰ 9 PAGI SAMPAI HABIS 📍STADIUM MINI TEMERLOH 💸 PEMBELIAN CREPE BY COMBO & TIADA LIMIT 🫶🏻 …………………………………………………. BIG TOUR KIEDA CREPE 3.0 – JOHOR BATU PAHAT 🎢🔥 🗓️5.7.2025 ✨ SABTU ⏰ 9 PAGI SAMPAI HABIS 📍LOTUS PARIT RAJA , BATU PAHAT 💸 PEMBELIAN CREPE BY COMBO & TIADA LIMIT 🫶🏻 @KIEDACREPETOUR @KC CREPE PENANG @AMY KIEDA MERCHANDISE

♬ original sound – KiedaCrepeHouse – KiedaCrepeHouse

“Selepas mendapat nasihat daripada doktor, Puan Kieda berehat di rumah buat masa sekarang. Dia tak kendalikan makanan dan tak masuk bahagian produksi. Jika nampak dia bersiaran langsung, banyak di rumah sahaja sekarang.

“Jadi kepada mereka yang was-was dengan makanan di kedai Kieda Crepe House, jangan risau. Kieda tak terlibat secara langsung dalam pengendalian makanan,” jelas pekerja terbabit dalam perkongsian itu.

Pekerja terbabit turut mewakili Kieda Crepe House untuk memohon maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak mereka selain mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang masih memberi sokongan.

Setakat artikel ini ditulis, rakaman tersebut sudah berjaya meraih mencecah setengah juta tontonan di mana rata-rata pengguna berharap supaya usahawan itu mengambil pengajaran atas apa yang terjadi dan berhenti mencipta kandungan kontroversi selepas ini.

Ramai juga pengguna memberi cadangan supaya pekerja juga melakukan pemeriksaan kesihatan masing-masing bagi mengembalikan semula kepercayaan pelanggan untuk membeli makanan di premis tersebut.

Baca juga: Bagi rating 1 bintang sebab kedai tak terima tunai, ramai pula setuju dengan pelanggan ni