Beli kereta baru sebab ingat boleh dapat RM700 sehari buat Grab, sekali sendiri terciduk…

Oleh KIM SYAZIE

Tanggapan seorang lelaki bahawa pekerjaan sebagai pemandu Grab boleh memberi pendapatan yang lumayan untuknya, meleset jauh sekali.

Dalam satu perkongsian di Facebook, lelaki berkenaan yang juga pemandu e-hailing meluahkan rasa kesal selepas terlajak membeli kereta baharu hanya semata-mata untuk buat Grab.

Dia menganggap akan memperoleh sekitar RM300 hingga RM700 sehari, namun akhirnya baru menyedari bahawa kadar upah yang diterima adalah rendah dan tidak berbaloi.

“Beli kereta baru sebab nak buat Grab, tengok orang post dapat RM300 hingga 700 sehari.

“Sekali bila aku dah buat, harga ‘job’ macam Foodpanda hantar makan naik basikal je. Rasa macam nak jual balik kereta ni,” luahnya memetik laporan Kosmo!.

Pengguna terbabit turut berkongsikan tangkap layar bayaran yang diterima melalui aplikasi terbabit.

Kelihatan anggaran bayaran yang diterima sekitar RM5 hingga RM8 sahaja bagi setiap perjalanan di sekitar Lembah Klang.

Baca juga: Lelaki curang rosakkan kereta bekas isteri, hina parut ceaser dan ‘stretch mark’ lepas cerai